KUCHING: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Sarawak terus berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, dengan Serian mencatat penurunan paling ketara berbanding tengah hari tadi.
Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Serian merekodkan IPU 65 pada 4.00 petang berbanding 85 pada 12.00 tengah hari, turun 20 mata.
Kuching turut menunjukkan penurunan daripada 69 kepada 58, manakala Samarahan turun daripada 73 kepada 65.
Sri Aman mencatat IPU 72, berbanding 74 pada tengah hari, manakala Sarikei turun daripada 56 kepada 53.
Sibu pula turun daripada 53 kepada 50 dan kini berada pada tahap baik, manakala Mukah meningkat sedikit daripada 52 kepada 53.
Kapit mencatat peningkatan daripada 47 kepada 52, manakala Bintulu turun daripada 68 kepada 66 dan Samalaju daripada 60 kepada 56.
Miri kekal pada 52, manakala ILP Miri meningkat daripada 35 kepada 40. Limbang turut meningkat daripada 47 kepada 50 dan masih berada pada tahap baik.
Lundu merekodkan penurunan daripada 77 kepada 61, manakala Tebedu turun daripada 65 kepada 59. Lubok Antu pula meningkat daripada 74 kepada 76.
Kanowit turun daripada 59 kepada 58, manakala Belaga turun sedikit daripada 97 kepada 95 dan kekal sebagai kawasan dengan bacaan IPU tertinggi di Sarawak setakat 4.00 petang.
Lawas mencatat peningkatan daripada 55 kepada 56, manakala Bario turun daripada 37 kepada 33. Betong pula turun daripada 69 kepada 64.
Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 berada pada tahap baik, manakala 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.
Setakat 4.00 petang, tiada kawasan yang mencatat bacaan pada tahap tidak sihat.




