KUCHING: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian turun kepada 85 setakat tengah hari ini berbanding 105 pada 8.00 pagi tadi, sekali gus meletakkan kawasan itu pada tahap sederhana.
Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) pada jam 12 tengah hari, tiada kawasan yang merekodkan IPU pada tahap tidak sihat.
Serian sebelum ini mencatat bacaan 105 pada 8.00 pagi, namun turun 20 mata kepada 85 setakat tengah hari.
Kuching turut mencatat penurunan daripada 76 kepada 69, manakala Samarahan turun daripada 81 kepada 73.
Sri Aman pula mencatat bacaan 74, berbanding 78 pada jam 8 pagi, manakala Sarikei turun daripada 59 kepada 56 dan Sibu daripada 56 kepada 53.
Bacaan Mukah kekal pada 52, manakala Kapit turun daripada 52 kepada 47, sekali gus berada pada tahap baik.
Lundu merekodkan penurunan daripada 92 kepada 77, Tebedu daripada 72 kepada 65 dan Lubok Antu daripada 79 kepada 74.
Kanowit pula turun daripada 64 kepada 59, Belaga daripada 100 kepada 97 dan Lawas meningkat sedikit daripada 54 kepada 55.
Di bahagian utara, Miri mencatat bacaan 52, sama seperti pada 8.00 pagi, manakala ILP Miri kekal pada 35 dan Limbang pada 47.
Bario turut menunjukkan penurunan ketara daripada 50 kepada 37, manakala Betong turun daripada 74 kepada 69. Samalaju pula mencatat 60 berbanding 63 pada 8.00 pagi.
Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 tidak sihat.
Keseluruhannya, bacaan tengah hari menunjukkan semua kawasan yang dipaparkan berada pada tahap sederhana atau baik, berbanding Serian yang berada pada tahap tidak sihat pada 8.00 pagi.




