KUCHING: Jambatan Sejingkat akan dibuka kepada pengguna jalan raya mulai 10.00 pagi pada 5 Oktober ini, sekali gus menyediakan satu lagi laluan bagi memperkukuh jaringan perhubungan di Kuching dan kawasan sekitarnya.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan, pembukaan jambatan berkenaan akan dilakukan selepas berlangsungnya majlis pra-pembukaan Jambatan Sejingkat pada hari sama.
Pembukaan jambatan itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha meningkatkan jaringan perhubungan serta melancarkan mobiliti pengguna jalan raya antara Kuching dan kawasan sekitarnya.
Kemudahan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada pengguna jalan raya menerusi penyediaan laluan baharu yang menghubungkan kawasan terbabit.
Dalam pada itu, JKR Sarawak merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pembinaan.
Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi papan tanda, had laju dan arahan keselamatan ketika menggunakan laluan baharu tersebut.
Kerjasama pengguna amat penting bagi memastikan pergerakan trafik di jambatan berkenaan berjalan lancar dan selamat selepas ia dibuka kelak.

Gua Besar Taman Negara Niah dibuka semula esok
NIAH: Gua Besar di Taman Negara Niah, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, akan dibuka semula kepada pengunjung mulai




