Tempoh representasi persempadanan Sarawak berakhir 5.00 petang esok

Facebook
WhatsApp
INFOGRAFIK janaan AI.

KUCHING: Tempoh mengemukakan representasi sama ada bantahan atau sokongan terhadap syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-7 akan berakhir pada 5.00 petang esok (30 September 2026).

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan pameran syor kajian semula itu yang bermula 1 September lalu akan berakhir pada 30 September 2026.

Representasi hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR sebelum atau pada 5.00 petang esok, sama ada secara dalam talian melalui pautan https://myst.spr.gov.my atau kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Selain itu, representasi lengkap juga boleh dihantar secara serahan tangan ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, di sini.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berhubung urusan mengemukakan representasi boleh menghubungi Hotline KSP Sarawak di talian 082-254 233 atau e-mel ksp@spr.gov.my.

Untuk rekod, KSP Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-7 sedang dilaksanakan SPR dengan pameran syor bermula 1 September 2026.