IPD Serian catat IPU tidak sihat setakat 8.00 pagi

Facebook
WhatsApp
SUMBER: NREB

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 152, setakat 8.00 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 59 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala lapan kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama