400 warga Igan di Sibu erat silaturahim menerusi Pedun Likew Igen Kubu

Facebook
WhatsApp
AHMAD Johnie....Ketika berucap pada Majlis Pedun Likew Igen Kubu Edisi Ketiga di salah sebuah hotel terkemuka, di Sibu malam tadi.

SIBU: Majlis Pedun Likew Igen Kubu menjadi wadah penting menghimpunkan keluarga besar Igan di perantauan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh ikatan kekeluargaan sesama mereka.

Majlis edisi ketiga itu yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi, berjaya menghimpunkan kira-kira 400 warga Igan yang menetap di Sibu dan kawasan sekitarnya.

AHMAD JOHNIE….Menyantuni keluarga besar Igan di perantauan pada Majlis Pedun Likew Igen Kubu Edisi Ketiga di salah sebuah hotel terkemuka, di Sibu malam tadi.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Ahmad Johnie dalam ucapannya berkata, hubungan erat dalam kalangan warga Igan di perantauan perlu terus dipelihara, di samping memastikan generasi muda sentiasa mengenali keluarga, asal-usul serta kampung halaman mereka.

“Walau sejauh mana kita merantau, Igan tetap dekat di hati. Di mana pun kita berada, kita tetap satu keluarga,” katanya.

Oleh Akun Giman