Tiga kawasan catat IPU tidak sihat malam ini

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 8.00 malam ini. Sumber NREB

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak menunjukkan sedikit perubahan positif malam ini apabila tiada lagi kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat.

Namun, tiga kawasan masih berada pada tahap tidak sihat dengan Kanowit merekodkan bacaan tertinggi iaitu 189, diikuti Serian (123) dan Sri Aman (111) setakat 8.00 malam.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di Kanowit turut menunjukkan sedikit penurunan berbanding 201 pada 4.00 petang tadi, sekali gus beralih daripada tahap sangat tidak sihat kepada tidak sihat.

Serian pula mencatat bacaan 123, manakala Sri Aman merekodkan 111, kedua-duanya pada tahap tidak sihat.

Sebanyak 18 stesen pemantauan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kuching (92), Samarahan (82), Sarikei (76), Sibu (68), Mukah (68), Kapit (61), Bintulu (75), Samalaju (64), Miri (57), ILP Miri (57), Limbang (56), Lundu (65), Tebedu (59), Lubok Antu (68), Belaga (66), Lawas (58), Bario (51) dan Betong (98).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Oleh Afiq Sallehi Berita penuh sila klik pautan