KUCHING: Kanowit menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 201 setakat 1.00 petang hari ini.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian pula merekodkan bacaan IPU 138 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.
Sebanyak 19 stesen pemantauan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, dengan Kuching mencatat 89, Samarahan (85), Sri Aman (100), Sarikei (81), Sibu (69), Mukah (71), Kapit (65), Bintulu (95), Samalaju (65), Miri (57) dan ILP Miri (57).
Limbang pula mencatat 53, Lundu (65), Tebedu (71), Lubok Antu (75), Belaga (73), Lawas (56), Bario (61) dan Betong (98).
Mengikut jadual penunjuk status IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, manakala 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Oleh Afiq Sallehi





