FAIZAL BUJANG
SYABAS dan tahniah diucapkan kepada pendatang baharu yang semakin menyerlah kredibiliti mereka iaitu skuad ‘Belia Lundu’.
Meskipun penampilannya dipentas Piala Abang Johari 2018 tidak begitu diberi tumpuan kebanyakan pemerhati bola sepak tempatan.
Akan tetap kejutan dilakukan tatkala bergelar naib juara untuk piala berprestij (Piala Abang Johari 2018) memadai meletakkan jaguh dalam pembikinan itu sememangnya hebat.
“Kita merasa bangga walaupun sekadar muncul naib juara untuk saingan Piala Abang Johari 2018.
“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pencapaian pasukan serta komitmen diberikan oleh pemain, barisan kejurulatihan serta para pegawai terlibat,” kata Awang Putrayusrie Awang Redzuan yang ketika itu selaku pengurus pasukan.
Menurut Awang Putrayusrie, apa yang membanggakan sekali prestasi hebat berjaya dipamerkan para pemain sepanjang saingan.
Katanya, sebagai mana diketahui himpunan pasukan terlibat sememangnya hebat namun pemain dapat mengatasi situasi luar jangkaan itu dengan sempurna.
“Saya percaya pembabitan skuad Belia Lundu dalam kejohanan tersebut telah banyak mematangkan para pemain.
“Di samping berjaya meningkatkan mutu permainan semasa mereka,” tambah Awang Putrayusrie lagi.
Sambil kejayaan bergelar naib juara untuk pasukan Belia Lundu nyata mengejutkan dalam keadaan pihaknya tidak begitu meletak sasaran tertinggi itu.
Skuad Belia Lundu gagal merangkul gelaran juara Piala Abang Johari 2018 apabila tewas (2-1) ditangan SSN Sarawak pada aksi final yang cukup hebat di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 9 Disember 2018.
Walaupun ceria diawal saingan selepas mendahului lawan (SSN Sarawak) dengan gol awal dihasilkan Mohd. Hairol Mokhtar minit ke-33.
Sebelum, Mohd. Furhan Akmal Saptu muncul wira SSN Sarawak yang berjaya menjaringkan gol kemenangan minit ke-85.
Sebelum itu, Abdul Rahim Abdul Razak yang juga bekas pemain Sarawak berjaya menjaringkan gol penyama minit ke-42.