Kanowit catat IPU 244, Lubok Antu 205

Facebook
WhatsApp
STATUS IPU Sarawak yang dikeluarkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 244 pada 8.00 pagi ini, berada pada tahap sangat tidak sihat.

Menurut status IPU Sarawak yang dikeluarkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lubok Antu turut berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 205.

Sebanyak 19 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, dengan Serian mencatatkan 179, Betong 180, Sri Aman 181, Kuching 174, Sibu 173, Belaga 170, Sarikei 169 dan Samarahan 168.

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Bintulu (168), Mukah (162), Samalaju (158), Miri (158), ILP Miri (155), Limbang (153), Tebedu (153), Lawas (128), Kapit (116) dan Lundu (105).

Sementara itu, Bario menjadi satu-satunya kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik dengan IPU 33.

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Oleh Shikin Mahmud