Gempa bumi lemah dikesan di perairan Batu Pahat

Facebook
WhatsApp

BATU PAHAT: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat pada 4.55 petang ini.

​Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.

​Menurut MetMalaysia, gegaran turut dirasai di Batu Pahat dan kawasan sekitar manakala jabatan itu akan terus memantau keadaan tersebut. – Bernama