Lima warga Indonesia, lelaki tempatan ditahan kes pergaduhan di Kota Sentosa

Facebook
WhatsApp
Foto hiasan.

KUCHING: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah kedai makan di kawasan Pasar Kota Sentosa yang berlaku pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William berkata, lima lelaki warga Indonesia ditahan sekitar Kota Sentosa pada 3.00 petang, 20 September lalu.

Beliau berkata, seorang lagi suspek, lelaki berusia 26 tahun berbangsa Cina, ditahan pada sekitar 5.30 petang, hari ini.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara lain yang berbahaya.

Kesemua suspek akan dirujuk ke Mahkamah Kuching esok bagi permohonan reman untuk membantu melengkapkan siasatan.

Polis turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membantu pihaknya mengesan dan menahan kesemua suspek.

Masyarakat juga dialu-alukan untuk terus menyalurkan sebarang maklumat kepada polis bagi membantu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Tiga ditahan di Bau selepas positif dadah

BAU: Polis menahan tiga individu selepas mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan