KUCHING: Kanowit kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 4.00 petang ini, manakala Lubok Antu menunjukkan penurunan kepada tahap tidak sihat.
Berdasarkan status IPU terkini yang dikeluarkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Kanowit merekodkan bacaan 217, turun satu mata berbanding 218 pada 12.00 tengah hari.
Sementara itu, bacaan Lubok Antu turun 13 mata daripada 205 pada tengah hari kepada 192, sekali gus berubah daripada tahap sangat tidak sihat kepada tidak sihat.
Kapit merekodkan bacaan tertinggi bagi kategori tidak sihat dengan 173, diikuti Serian (168), Sri Aman (163) dan Sibu (163).
Turut mencatat bacaan tidak sihat adalah Bintulu (161), Samalaju (158), Kuching (157), Betong (156), Samarahan (155), Miri (153), Lundu (123), Sarikei (106) dan Limbang (98).
Bacaan sederhana pula direkodkan di Mukah (100), ILP Miri (98), Tebedu (90), Bario (86) dan Lawas (82).
Berbanding bacaan 12 tengah hari, beberapa kawasan menunjukkan peningkatan, antaranya Mukah yang meningkat 11 mata daripada 89 kepada 100, Sarikei daripada 99 kepada 106 dan Kapit daripada 170 kepada 173.
Bacaan Sri Aman turut meningkat daripada 161 kepada 163, manakala Sibu daripada 161 kepada 163 dan Bintulu daripada 159 kepada 161.
Bagaimanapun, beberapa kawasan menunjukkan penurunan termasuk Lubok Antu sebanyak 13 mata, Limbang tujuh mata daripada 105 kepada 98, Tebedu lima mata daripada 95 kepada 90 dan ILP Miri empat mata daripada 102 kepada 98.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 101 hingga 200 dikategorikan tidak sihat, manakala 201 hingga 300 pada tahap sangat tidak sihat.




