Lady Gaga dedah nama anak sulungnya

Facebook
WhatsApp
LADY Gaga dan tunangnya, Michael Polansky, menimang cahaya mata pertama, seorang bayi perempuan yang dinamakan Rose Bean Polansky.

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Lady Gaga dan tunangnya, Michael Polansky, menamakan anak perempuan pertama mereka Rose Bean Polansky, menurut laporan TMZ pada Khamis.

Menurut sijil kelahiran yang diperoleh portal itu, Rose dilahirkan pada 9 Jun, 11.19 malam di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles.

Sumber memberitahu People bahawa nama Rose diinspirasikan daripada lagu ‘La Vie En Rose’, yang pernah dinyanyikan Gaga dalam filem A Star Is Born pada 2018.

Nama tengah Bean pula dipercayai diambil daripada aktivis Carl Bean, yang menjadi inspirasi kepada lagu popular Gaga, ‘Born This Way’.

Pada 11 September lalu, Page Six mengesahkan Gaga, 40 dan Polansky 42, telah menyambut kelahiran anak pertama mereka secara tertutup.

Pasangan itu kemudian dilihat bersama bayi mereka di California Utara, sekali gus menjadi kemunculan pertama keluarga berkenaan di khalayak ramai.

Sumber memberitahu People bahawa kedua-duanya mengambil cuti daripada pekerjaan pada musim panas ini bagi meluangkan masa bersama bayi mereka.

Gaga sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bergelar ibu, malah pada November 2025 memberitahu Rolling Stone bahawa menjadi seorang ibu adalah perkara yang paling diingininya.

Gaga dan Polansky mula berpacaran pada 2019 sebelum mengumumkan pertunangan mereka ketika Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada Mac lalu, Gaga berkata mereka akan berkahwin tidak lama lagi, manakala laporan pada September mendakwa pasangan itu mungkin telah berkahwin secara rahsia. – AGENSI

Maddox gugur nama Pitt secara sah

LOS ANGELES: Anak sulung Angelina Jolie dan Brad Pitt, Maddox, 25, secara sah menggugurkan nama Pitt daripada nama keluarganya. Mahkamah

Ezad Lazim kini bergelar penerbit

KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga dekad menabur bakti dalam industri muzik tanah air, penyanyi popular Ezad Lazim melangkah ke fasa