Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS didorong harga minyak menurun

Facebook
WhatsApp
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat. Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 3.9855/4.0050 berbanding dolar AS daripada paras 3.9920/9955 ketika ditutup pada Khamis. Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, had bulanan individu bagi pembelian BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat. Penyelarasan itu bagaimanapun tidak menjejaskan majoriti rakyat berikutan penggunaan purata adalah sekitar 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 27 -- The ringgit opened higher for the fourth consecutive day as the Malaysian government adopts a pragmatic approach to fuel subsidies by balancing between fiscal discipline and cost-of-living concerns amid West Asia tensions. At 8 am, the local currency strengthened to 3.9855/4.0050 against the greenback from Thursday’s close of 3.9920/9955. In a special address yesterday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that, effective April 1, the individual monthly limit for the purchase of BUDI95 will be temporarily adjusted to 200 litres per month from 300 litres per month previously, due to the ongoing conflict in West Asia. A majority of the people are not affected by the quota reduction, as consumers on average use about 100 litres per month and nearly 90 per cent consume less than 200 litres per month. --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik berikutan kebimbangan mengenai bekalan minyak mentah dari Asia Barat yang mereda, meningkatkan kecenderungan pelabur untuk mengambil risiko.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0955/1015 berbanding dolar AS daripada 4.0965/1010 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran menjadi lebih baik selepas Arab Saudi dilaporkan mula membaik pulih saluran paip Timur-Barat yang mengalami kerosakan manakala pergerakan kapal tangki melalui Selat Hormuz berterusan, meredakan kebimbangan mengenai bekalan minyak mentah.

“Oleh itu, harga minyak mentah Brent menurun 0.95 peratus kepada AS$104.82 setong manakala hasil Perbendaharaan AS merosot, dengan nota untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun, masing-masing berkurangan tujuh mata asas kepada 4.67 peratus dan 4.94 peratus.

“Bagaimanapun, perhatian kini beralih kepada keputusan mengenai dasar monetari Bank of Japan (BOJ) hari ini, dengan konsensus menjangka kenaikan kadar dasar sebanyak 25 mata asas kepada 1.25 peratus,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata pasaran akan memantau penilaian ekonomi dan sentimen dasar BOJ berikutan pendirian terhadap dasar monetari yang lebih ketat boleh mendorong pengurangan dalam ‘yen carry trade’ dan meningkatkan turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit kekal dalam jajaran kecil hari ini dan peniaga akan memantau perkembangan penting itu. 

Pada sesi pembukaan, ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 4.7000/7069 daripada 4.7003/7055 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding yen kepada 2.6228/6268 daripada 2.6305/6336 dan tinggi berbanding pound kepada 5.4704/4784 daripada 5.4877/4937 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2096/2146 daripada 3.2099/2137, bagaimanapun menurun berbanding baht Thailand kepada 12.3043/3279 daripada 12.2734/2917.

Ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.53/6.54 dan berbanding rupiah Indonesia kepada 230.7/231.1 semalam.- Bernama