Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Permit masih perlu untuk rentas daerah
  • TEMPATAN

Permit masih perlu untuk rentas daerah

Utusan Sarawak 4 years ago
KAWALAN KETAT… Pemeriksaan ketat dilakukan terhadap kenderaan yang melalui SJR Jalan Kuching menuju ke Kota Samarahan, semalam.

KUCHING: Permit dari pihak polis masih diperlukan untuk rentas antara daerah.

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, pergerakan keluar dan masuk ke Daerah Samarahan dari Kuching masih memerlukan permit polis untuk tujuan itu.

“Aktiviti rentas daerah masih belum dibenarkan di Sarawak kecuali bagi perkhidmatan perlu, kesihatan, kecemasan, vaksinasi dan urusan rasmi.

“Oleh itu, orang ramai yang mahu merentas daerah khasnya dari Samarahan atau Kuching perlu mendapatkan permit dan memohon kebenaran polis terlebih dahulu,” katanya kepada media, semalam.

Mengulas lanjut, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dari 1 hingga 31 Julai Ibu Pejabat terdapat 278,199 buah kenderaan diperiksa.

“Selain itu, terdapat 310,059 orang diperiksa, 1,369 buah kenderaan diarah berpatah balik, dua kompaun prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan serta 402 saman trafik sepanjang sekatan jalan raya (SJR) dijalankan.

“Antara lokasi SJR dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan ialah Jalan Kuching menuju ke Jalan Samarahan Expressway, Jalan Kota Samarahan menuju ke Mambong, Jalan Datuk Mohd Musa (Kem Tentera), Jalan Stakan dan Jalan Sadong Jaya menuju ke Simunjan,” ujarnya.

Katanya lagi, secara keseluruhan didapati tahap pematuhan SOP PKP di dalam daerah Kota Samarahan masih di tahap yang baik.

“Rata-rata masyarakat mematuhi SOP dan sedar terhadap risiko penularan Covid-19 ini. Tawaran kompaun yang dikenakan terhadap pelanggaran SOP menyebabkan kesesakan akan berlaku di SJR terutamanya di waktu-waktu puncak melibatkan pergerakan masyarakat dan petugas barisan hadapan pergi dan balik kerja masing-masing

“Selain itu, masyarakat yang keluar untuk mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di dalam daerah,” katanya lagi.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan menegaskan Garis Panduan (SOP) sedia ada masih berkuatkuasa sehingga SOP Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sarawak telah diwartakan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: 500 SEKOLAH TERIMA RASPBERRY PI
Next: Inisiatif pertama di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.