MIRI: Sekitar 4,000 perwakilan daripada 18 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara menghadiri Konvensyen Khas PBB Sarawak Zon Utara di Stadium Tertutup Miri, hari ini.
Konvensyen berkenaan dirasmikan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang tiba di stadium kira-kira 10.30 pagi.
Program itu menghimpunkan pimpinan dan anggota PBB Zon Utara bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pembangunan Sarawak, termasuk isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Atur cara konvensyen dimulakan dengan pendaftaran peserta sebelum diteruskan dengan dua sesi taklimat, masing-masing berkaitan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) pada 8.15 pagi dan MA63 pada 9.00 pagi.
Konvensyen berkenaan turut menjadi platform penting bagi pimpinan serta anggota PBB Zon Utara memperkukuh kesepaduan parti, menyelaras hala tuju perjuangan dan membincangkan aspirasi pembangunan Sarawak.
Kehadiran ribuan perwakilan daripada 18 cawangan PBB Zon Utara mencerminkan komitmen anggota parti dalam memperkukuh perpaduan serta memastikan agenda pembangunan negeri terus diberi keutamaan.
Oleh Liong Chai Ling





