Lelaki cedera ringan Proton Saga terbabas langgar pokok di Jalan Lanang

Facebook
WhatsApp
TERBABAS... Sebuah kereta dipandu seorang lelaki melanggar pokok di tepi Jalan Lanang, petang tadi, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan. Kredit foto: PGO

SIBU: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta Proton Saga Aeroback yang dipandunya melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Lanang, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 47 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian sekitar 4.50 petang itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.50 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi.

SEORANG lelaki mengalami kecederaan ringan selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Lanang, petang tadi. (Kredit foto: PGO)

“Setibanya di lokasi pada 4.54 petang, komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga Aeroback yang menghala ke Ulu Lanang sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Kemalangan itu melibatkan seorang mangsa lelaki yang mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berada di lokasi untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pihak bomba dan operasi ditamatkan pada 5.04 petang.

Oleh Tarani Lanting