Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam rumah di Senadin Jaya

Facebook
WhatsApp
DITEMUKAN MENINGGAL...Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di Kampung Senadin Jaya, Miri, pagi tadi.

MIRI: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Senadin Jaya, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.23 pagi sebelum empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, pintu bilik berkenaan telah dibuka oleh orang awam dan mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” menurut kenyataan itu.

Bomba membantu mengangkat jasad mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis sebelum operasi ditamatkan pada 7.46 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Rumah usang runtuh di Kampung Muhibbah

MIRI: Bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Muhibbah, di sini, runtuh pagi tadi dipercayai akibat keadaan struktur rumah yang sudah