IPU Serian turun kepada 376, masih tahap berbahaya

Facebook
WhatsApp
IPD Serian merekodkan bacaan IPU 376 dan dikategorikan pada tahap berbahaya setakat 8.00 pagi ini.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian turun kepada 376 setakat 8.00 pagi ini dan masih dikategorikan sebagai berbahaya.

Bacaan itu lebih rendah berbanding 521 yang direkodkan pada 2.00 petang semalam ketika Serian berada pada tahap sangat berbahaya.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Kuching (273), Samarahan (267) dan Sri Aman (259) pula berada pada tahap sangat tidak sihat.

Sebanyak sembilan kawasan merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Samalaju (191), Bintulu (190), ILP Miri dan Mukah masing-masing 183, Sarikei (179), Miri (176), Sibu (173), Limbang (156) dan Kapit (127).

Oleh Adele Rissa