BINTULU: Kualiti udara di Bintulu berada pada tahap sangat tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 244 setakat 1.00 petang hari ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan itu meletakkan Bintulu dalam kategori sangat tidak sihat, susulan keadaan jerebu yang menyelubungi kawasan berkenaan.
Keadaan jerebu turut menyebabkan jarak penglihatan berkurangan dan suasana di sekitar Bintulu kelihatan berkabus.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, terutama aktiviti fizikal, berikutan kualiti udara yang tidak sihat.
Golongan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan jantung dan paru-paru perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.
Berdasarkan paparan APIMS pada 1.00 petang, sebanyak 10 stesen merekodkan bacaan tidak sihat, tiga stesen sangat tidak sihat manakala enam stesen berada pada tahap berbahaya.
Oleh Carolyne Utih





