MIRI: Pemandangan jarak jauh di sekitar bandar raya Miri kelihatan kabur apabila kawasan berkenaan diselubungi asap jerebu.
Tinjauan Utusan Sarawak mendapati objek dan bangunan di lokasi yang berada pada jarak jauh kelihatan kurang jelas, manakala suasana sekitar bandar turut diselubungi kepulan asap.
Keadaan itu semakin ketara terutama apabila melihat ke arah kawasan yang jauh dari pusat bandar, dengan pandangan kelihatan berkabus akibat kehadiran asap di udara.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Miri mencapai 170 setakat tengah hari ini,sekali gus berada pada kategori tidak sihat.
Oleh Liong Chai Ling





