KATHMANDU, Nepal: Lebih 1,400 orang dilaporkan hilang manakala 392 disahkan maut selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet.
Angka berkenaan berkemungkinan berubah, sesuatu yang lazim berlaku selepas bencana besar.
Pengiraan berganda melibatkan pemegang dua kewarganegaraan, proses mengenal pasti mayat dengan individu yang disenaraikan sebagai hilang serta keadaan kelam-kabut selepas bencana semuanya boleh menyebabkan angka berkenaan berubah, sama ada meningkat atau menurun.
Berikut perkembangan terkini mengenai mereka yang masih hilang:
Jumlah keseluruhan: sekurang-kurangnya 1,468 orang. Agensi bencana Nepal berkata 910 orang masih belum dapat dikesan pada Khamis, termasuk sekurang-kurangnya 517 warga asing. Agensi itu tidak memberikan pecahan mengikut kewarganegaraan warga asing terbabit.
Di seberang sempadan di Tibet, China berkata 558 orang termasuk 260 warga asing masih hilang. Secara keseluruhan, jumlah mereka yang hilang di kedua-dua belah sempadan ialah 1,468 orang.

Lembaga Pelancongan Nepal pada Khamis meletakkan jumlah pelancong dan pengembara warga Nepal dan asing yang masih hilang pada angka keseluruhan 667 orang.
Pecahan mengikut kewarganegaraan adalah seperti berikut.
- Nepal
Angka terbaharu Lembaga Pelancongan Nepal pada Khamis menunjukkan 127 warga Nepal termasuk dalam 667 orang yang disenaraikan sebagai hilang.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan dengan segera jumlah penduduk Nepal yang tinggal di kawasan terbabit yang masih belum dapat dikesan.
- China
Kementerian Luar China berkata hampir 100 warga China termasuk dalam senarai mereka yang hilang di Nepal. Lembaga Pelancongan Nepal pula berkata 24 warga China masih belum dapat dikesan.
Angka itu adalah tambahan kepada 558 orang, termasuk 260 warga asing, yang hilang di sebelah sempadan China.
- India
Angka baharu Lembaga Pelancongan Nepal pada Khamis menunjukkan 178 warga India masih hilang. Sebelas lagi telah diselamatkan.
- Amerika Syarikat
Sebanyak 90 warga Amerika Syarikat masih hilang, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang menambah bahawa tiga telah diselamatkan dan pihaknya tidak mengetahui mengenai sebarang kematian membabitkan warga AS.
Lembaga Pelancongan Nepal sebelum itu meletakkan angka tersebut pada 65 orang yang masih belum dapat dikesan.
- Ukraine
Kementerian Luar Ukraine berkata pada petang Khamis bahawa jumlah warga Ukraine yang disenaraikan sebagai “tidak dapat dihubungi” ialah 56 orang.
“Menurut maklumat yang telah disahkan, ketika ini tiada warga Ukraine dalam kalangan mereka yang cedera atau maut akibat bencana itu,” katanya.
- Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal tidak dapat dihubungi.
Lembaga Pelancongan Nepal meletakkan jumlah itu pada 51 orang.
- Australia
Jumlah warga Australia yang hilang selepas banjir meningkat kepada 39 orang, kata Menteri Luar Australia Penny Wong pada Jumaat.
- United Kingdom
Seramai 33 warga United Kingdom masih hilang, berdasarkan angka Lembaga Pelancongan Nepal.
- Kanada
Lembaga Pelancongan Nepal berkata 25 warga Kanada termasuk dalam senarai mereka yang hilang.
Bagaimanapun, Menteri Luar Kanada Anita Anand berkata kerajaan “menyedari mengenai 30 rakyat Kanada dan penduduk tetap di Nepal dan Tibet yang lokasi serta keadaan mereka masih belum dapat disahkan”.
- Korea Selatan
Kementerian Luar Korea Selatan berkata pada Rabu bahawa sembilan pekerja hidroelektrik tidak dapat dihubungi di daerah Rasuwa selepas banjir melanda kawasan itu.
Lembaga Pelancongan Nepal pada Khamis berkata empat warga Korea Selatan telah diselamatkan.
- Singapura
Sembilan warga Singapura masih belum dapat dikesan, menurut Lembaga Pelancongan Nepal.
- Jerman
Lapan warga Jerman masih hilang, menurut Lembaga Pelancongan Nepal.
- Rusia
Lapan warga Rusia masih belum dapat dikesan, manakala dua lagi telah diselamatkan, kata Lembaga Pelancongan Nepal.
Kewarganegaraan lain:
Afrika Selatan: enam orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Latvia: enam orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Jepun: lima orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
New Zealand: lima orang (kementerian luar dan Lembaga Pelancongan Nepal)
Perancis: empat orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Sepanyol:empat orang (Kementerian Luar Sepanyol; Lembaga Pelancongan Nepal meletakkan angka pada tiga)
Belgium: tiga orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Hungary: tiga orang (Kementerian Luar Hungary); Lembaga Pelancongan Nepal meletakkan angka pada seorang
Portugal: tiga orang (Kementerian Luar Portugal dan Lembaga Pelancongan Nepal). Kementerian luar turut berkata seorang telah ditemui
Belanda: dua orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Itali: tiga orang hilang (Kementerian Luar Itali), manakala dua telah diselamatkan (Lembaga Pelancongan Nepal)
Ireland: dua orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Kazakhstan: dua orang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Belarus: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Finland: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Israel: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Lithuania: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Filipina: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Serbia: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Sweden: seorang (Kementerian Luar Sweden dan Lembaga Pelancongan Nepal). Kementerian luar turut berkata seorang lagi penduduk Sweden, iaitu warga asing yang kewarganegaraannya belum dikenal pasti, termasuk dalam senarai mereka yang hilang.
Telah diselamatkan:
Switzerland: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Bulgaria: seorang (Lembaga Pelancongan Nepal)
Kewarganegaraan belum disahkan
Angka mangsa hilang yang dikeluarkan China pada Khamis bagi kawasan di sebelah sempadannya termasuk 260 warga asing, tetapi tiada pecahan mengikut kewarganegaraan diberikan.
Lapan orang yang kewarganegaraannya masih belum disahkan telah diselamatkan, menurut Lembaga Pelancongan Nepal. – AFP




