KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dilaporkan hilang selepas Balai Polis Kota Samarahan menerima laporan berhubung kehilangannya pada hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, laporan diterima kira-kira 12.04 tengah hari.
Lelaki berkenaan dilaporkan menetap di sekitar Kota Samarahan dan bekerja sebagai tukang masak.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan lelaki berkenaan supaya menyalurkannya kepada Balai Polis Kota Samarahan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu usaha mengesan lelaki berkenaan.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kehilangan tersebut dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.





