Kebakaran belukar cetus asap tebal di Matang Jaya

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN BELUKAR… Api masih kelihatan membakar kawasan belukar dan rumput di Matang Jaya, petang ini, menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan berhampiran jalan raya. Foto Shikin Mahmud

MATANG: Kebakaran belukar berlaku di kawasan Matang Jaya, di sini, petang tadi, menyebabkan kepulan asap tebal dapat dilihat dari kawasan berhampiran.

Berdasarkan keadaan di lokasi, api dilihat membakar kawasan belukar dan rumput di bahu jalan, manakala asap tebal menyelubungi sebahagian kawasan terbabit.

Kejadian itu turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan apabila api masih kelihatan membakar beberapa bahagian belukar.

Asap tebal yang menyelubungi kawasan terbabit turut berpotensi menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya, terutama mereka yang melalui laluan berhampiran lokasi kebakaran.

Setakat ini, maklumat mengenai keluasan kawasan yang terbakar serta punca kejadian masih belum diperoleh.

Orang ramai yang melalui laluan berkenaan dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan dan meningkatkan kewaspadaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Shikin Mahmud