RM54,200 geran MRP disalur kepada 13 pertubuhan di Bekenu

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH... Datuk Rosey Yunus rakam album bersama penerima MRP di Pusat Khidmat DUN Bekenu baru-baru ini.

BEKENU: Sebanyak 13 pertubuhan menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), manakala 20 pertubuhan menerima konopi bagi menjalankan pelbagai kegiatan di kampung dan rumah panjang baru-baru ini.

Penyerahan geran MRP disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.

Rosey berkata, jumlah keseluruhan geran MRP yang disalurkan kepada 13 pertubuhan berkenaan ialah RM54,200 dan berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang.

GEMBIRA… Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Bekenu, William Changgan ketika menyerahkan konopi kepada salah sebuah JKKK kawasan Bekenu baru-baru ini.

Sementara itu, 20 pertubuhan yang menerima konopi terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid dan surau di kawasan DUN Bekenu.

Penyerahan konopi berkenaan disempurnakan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Bekenu, William Changgan.

Oleh Adum Liu