Pengaktifan semula sempadan Temajuk-Telok Melano, perkukuh hubungan rentas sempadan

Facebook
WhatsApp
WAKIL Malaysia dan Indonesia bergambar kenangan di Pos Kawalan Sempadan Telok Melano sempena Prapelancaran dan Pengaktifan Semula PLB Temajuk – PKS Telok Melano, semalam. Foto JIM Sarawak

TELOK MELANO: Pengaktifan semula Pos Lintas Batas (PLB) Temajuk – Pusat Kawalan Sempadan (PKS) Telok Melano dijangka memperkukuh hubungan rentas sempadan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia, selain memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Majlis prapelancaran dan pengaktifan semula kemudahan berkenaan berlangsung di PLB Temajuk, Indonesia, semalam.

Majlis itu disempurnakan Wakil Gabenor Kalimantan Barat, Krisantus Kurniawan, manakala pihak Malaysia diwakili Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya.

Pengaktifan semula laluan berkenaan amat dinantikan penduduk Telok Melano dan Temajuk kerana kemudahan itu dijangka memudahkan pergerakan masyarakat di kedua-dua kawasan sempadan.

Selain meningkatkan ketersambungan penduduk, pembukaan semula laluan berkenaan turut berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi setempat menerusi peningkatan pergerakan masyarakat, sekali gus membuka peluang kepada sektor perniagaan dan pelancongan.

Bagi Telok Melano, hubungan berkenaan turut mempunyai nilai strategik memandangkan kedudukannya di kawasan pesisir Lundu yang semakin berkembang susulan peningkatan akses perhubungan dan kemudahan infrastruktur.

Inisiatif itu turut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Indonesia dalam memperkukuh kerjasama rentas sempadan serta hubungan antara masyarakat di kedua-dua negara.

Pengaktifan semula PLB Temajuk – PKS Telok Melano diharap dapat memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat, selain menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi kawasan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan), Roslinda Hanim Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Mohd Syahar Azizan serta Residen Bahagian Kuching, Dayang Hajah Joanita Azizah Abang Morshidi.

Oleh Afiq Sallehi

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan