IPU Serian masih tertinggi, catat 241

Facebook
WhatsApp
IPU Serian masih tertinggi, catat 241

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 241 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Sri Aman mencatat bacaan 189, Kuching (186), Samarahan (179), Sarikei (173), Sibu (156), Bintulu (154), Samalaju (145) dan Kapit (129), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.

Bacaan IPU antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, Mukah mencatat bacaan 96, diikuti Miri dan ILP Miri masing-masing 77 serta Limbang (63), kesemuanya pada tahap sederhana.

Oleh Adele Rissa

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas