KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerima kunjungan kerja Persatuan Orkid Sarawak (SORORSO) bagi berkongsi maklumat, pengalaman dan pandangan berkaitan pemuliharaan serta pengurusan spesies orkid di Sarawak.
Kunjungan diketuai Tengku Auvaroza Tengku Abraham bersama tiga ahli SORORSO dan disambut Timbalan Pengawal Hidupan Liar Sarawak merangkap Timbalan Pengurus Besar Konservasi SFC, Madhan Kiflie, bersama pegawai SFC.
Sesi berkenaan turut menjadi platform perkongsian pengetahuan mengenai kepelbagaian spesies orkid serta aspek perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan spesies berkenaan di Sarawak.
SFC merakamkan penghargaan kepada SORORSO atas kunjungan dan perkongsian yang dilaksanakan dalam usaha memperkukuh kerjasama pemuliharaan orkid di negeri ini.





