KUCHING: Sebanyak empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori Tidak Sihat setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 157.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga kawasan lain yang turut merekodkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat ialah Samarahan dengan bacaan 151, Lundu (111) dan Tebedu (109).
Sementara itu, sebanyak 13 kawasan merekodkan bacaan dalam kategori Sederhana, manakala Bario berada dalam kategori Baik dengan bacaan 46.
Kuching merekodkan bacaan 94, diikuti Sri Aman (84), Samalaju dan Miri masing-masing 79, Sarikei (76), ILP Miri (75), Bintulu (70), Limbang dan Lubok Antu masing-masing 68, Lawas (67), Sibu (66), Mukah (59) serta Kapit (52).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 Sederhana, 101 hingga 200 Tidak Sihat, 201 hingga 300 Sangat Tidak Sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai Berbahaya.
Data IPU dikira berdasarkan purata bergerak selama 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.




