KUCHING: Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Kuching mencatat bacaan tertinggi iaitu 164.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Kuching merekodkan bacaan IPU 164, diikuti Samarahan (161), IPD Serian (160), Bintulu (157), Sarikei (156), Sri Aman (153), Sibu (152), Mukah (151) dan Samalaju (115).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan, khususnya golongan berisiko tinggi termasuk mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.
Sementara itu, lapan kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana, iaitu Lundu (96), Tebedu (95), Miri (92), Lubok Antu (83), ILP Miri (76), Kapit (65), Lawas (59) dan Limbang (58).
Bario pula merekodkan kualiti udara pada tahap baik dengan bacaan IPU 46.
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.




