KOLKATA: Sekurang-kurangnya 27 orang kehilangan nyawa manakala empat lagi penumpang di dalam penerbangan dikejarkan ke hospital selepas pesawat mereka mengalami turbulensi yang kuat semasa angin monsun melanda timur India baru-baru ini, kata peguasa semalam.
Tragedi berlaku ketika cuaca buruk, yang juga fenomena biasa saban tahun ketika musim monsun di India antara Jun hingga September.
Menteri Pengurusan Bencana Barat Benggala, Javed Ahmed Khan, berkata, Barat Benggala dilanda ribut taufan Isnin lalu, dengan panahan kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan.
“Kebanyakan daripada 27 mangsa itu terbunuh pada pagi semalam… di negeri yang kebanyakannya terdiri daripada petani dan pekerja lapangan,” katanya.
Penerbangan dari barat Mumbai ke Kolkata, ibu negara Barat Benggala, dilaporkan berdepan cuaca ribut sebelum cuba mendarat.
Pengarah lapangan terbang Barat Benggala, C Pattabhi, memaklumkan seorang penumpang masih ditempatkan di hospital.
“Yang lain sudah dibenarkan pulang. Penumpang pesawat ini amat bernasib baik,” katanya.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengumumkan pampasan kewangan kepada waris keluarga mangsa dan penumpang yang mengalami kecederaan susulan kejadian terbabit.
Berdasarkan perangkaan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, hampir 2,900 orang dilaporkan terbunuh angkara panahan kilat di India pada 2019.
Monsun sedemikian penting untuk menjamin bekalan air di Asia Selatan tetapi turut mengakibatkan kematian dan kemusnahan di seluruh rantau berkenaan setiap tahun. – AFP