BINTULU: Kebakaran belukar di Jalan Renang, Kampung Jepak berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong, Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.20 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati berlaku kebakaran membabitkan kawasan belukar seluas kira-kira 100 kaki x 200 kaki.

“Pasukan kemudian menggunakan satu aliran bantu mula dan satu alat pemukul api bagi memadam kebakaran tersebut,” katanya.
Kebakaran berjaya dikawal pada 5.00 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.25 petang selepas pasukan memastikan keadaan di lokasi selamat.
Oleh Carolyne Utih




