Tebedu catat IPU 206, tahap sangat tidak sihat

Facebook
WhatsApp
INDEKS Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak.

KUCHING: Tebedu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 206 setakat 8.00 pagi ini, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk Sarawak.

Selain Tebedu, 12 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu IPD Serian (194), Kuching (172), Samarahan (170), Lubok Antu (168), Sri Aman (157), Bintulu (157), Samalaju (152), Sarikei (151), Sibu (151), Miri (133) dan Lundu (112).

Sementara itu, enam kawasan berada pada tahap sederhana, iaitu Mukah (100), ILP Miri (93), Limbang (76), Lawas (74), Kapit (70) dan Bario (64).

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka jika perlu serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas atau iritasi mata dan tekak.

Orang ramai juga disaran terus memantau bacaan IPU melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara di kawasan masing-masing.

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut