KUCHING: Kualiti udara di Sarawak pagi ini semakin merosot dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan menunjukkan peningkatan berbanding bacaan pada 4.00 petang semalam.
Berdasarkan bacaan 8.00 pagi hari ini, beberapa kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tinggi pada tahap tidak sihat, antaranya IPD Serian (178), Tebedu (163), Kuching (161), Samarahan (160), Sibu (157), Sri Aman (156), Sarikei (155) dan Mukah (155).

Sementara itu, kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu Bintulu (143), Samalaju (128), Lundu (99), Miri (96), ILP Miri (91), Lubok Antu (86), Limbang (81) dan Kapit (73), manakala Lawas dan Bario masing-masing mencatat bacaan 68 pada tahap baik.
Oleh Masrin Affirah





