Menteri Besar Perak tiba di Kuching teruskan lawatan kerja rasmi

Facebook
WhatsApp
MENTERI Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad tiba di Kuching bagi meneruskan lawatan kerja rasmi di Sarawak, hari ini. Foto JAPEN.

KUCHING: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad tiba di Kuching tengah hari tadi bagi meneruskan lawatan kerja rasmi beliau di Sarawak selepas mengadakan lawatan kerja di Miri semalam.

Ketibaan beliau bersama rombongan disambut Timbalan Menteri Pengangkutan (Pengangkutan Laut dan Sungai), Datuk Henry Harry Jinep.

Sejurus tiba, Saarani meneruskan perjalanan ke Serikin bagi mengadakan lawatan ke Tapak Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin.

DATO’ Seri Saarani Mohamad bersama rombongan tiba di Kuching bagi meneruskan lawatan kerja rasmi di Sarawak, tengah hari tadi. Foto JAPEN

Sepanjang berada di Sarawak, beliau dijadual menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Perak selain mengikuti taklimat dan lawatan kerja ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak.

Beliau turut dijadual mengadakan lawatan di sekitar bandar raya Kuching dan mengunjungi Muzium Budaya Borneo sebelum menamatkan lawatan kerja rasmi di Sarawak pada Selasa ini (11 Ogos).

Turut menyambut ketibaan beliau ialah Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Abang Naili dan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu.

Oleh Shikin Mahmud