KUCHING: Pertandingan Peragaan Kanak-Kanak Natcos 2026 Edisi Ke-4: Busana Kreatif Warisan Merdeka berlangsung meriah di Pusat Beli-Belah The Hills, di sini, hari ini.
Pertandingan anjuran Razz Couture itu diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dengan menampilkan tiga kategori peserta, iaitu Kategori A bagi kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun, Kategori B (10 hingga 13 tahun) dan Kategori C (14 hingga 17 tahun).
Peserta tampil penuh yakin memperagakan pelbagai busana kreatif berinspirasikan warisan dan semangat kemerdekaan, sekali gus menyerikan pentas pertandingan.


Bagi Kategori A, Aniah Lee Bong dinobatkan sebagai juara, manakala Nurqistina Batrisya muncul pemenang Kategori B.
Sementara itu, Sarafina Arisya mengungguli Kategori C untuk membawa pulang gelaran juara.
Pertandingan tersebut turut memberi ruang kepada kanak-kanak dan remaja menampilkan bakat dalam bidang peragaan, di samping mengekspresikan kreativiti menerusi busana yang mengetengahkan elemen warisan dan identiti Malaysia.
Oleh Adele Rissa





