Pemuda tidur atas pokok lebih 10 jam tersesat dalam hutan

Facebook
WhatsApp
DITEMUKAN SELAMAT....Mangsa Mohammad Senawi.

DARO: Tidur atas pokok selama lebih 10 jam dalam hutan!

Itu kisah seorang pemuda dari Kampung Penuai, Pulau Bruit di sini apabila tersesat dalam kebun di Sungai Buak pada hari Khamis lepas.

Mohammad Senawi Gammat, 29, mula keluar rumah pada 6.00 pagi untuk mencari lokan bersama seorang kawan.

“Saya terus berjalan dan kira-kira 7.00 malam saya berhenti dan naik atas pokok.

“Di situlah saya ‘tidur-tidur ayam’ sehingga 6.00 pagi. Saya tiada dengar suara azan, hanya dengar suara burung sepanjang malam.

“Disebabkan air pasang, saya naik atas pokok pada ketinggian dua meter. Pada 7.00 pagi saya tersedar dari tidur-tidur ayam dan berjalan keluar,” katanya yang berada di lokasi antara Penuai dan Sebako.

“Saya ada ternampak beberapa sinaran lampu, tetapi lokasi agak jauh untuk orang kampung mendengar suara saya,” sambungnya lagi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penuai hari ini.

Sebaik keluar ke jalan utama dari kebun, pada pagi Jumaat, Mohammad Senawi melihat ramai orang termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), orang kampung yang baru nak memulakan operasi mencari dan menyelamatnya.

Bapa mangsa, Gamat Muharam, 63, pula berkata pihaknya keluar dari hutan pada 12.00 tengah malam setelah gagal mencari anaknya sesat dalam kebun.

“Kami mengetahui anak saya sesat setelah diberitahu oleh rakannya. Sejak itu, kami 15 orang kampung mencari dalam kebun,” katanya.

Oleh KD