Indonesia keluar amaran ombak tinggi

Facebook
WhatsApp
BMKG meramalkan ombak setinggi 2.5 hingga empat meter di utara Selat Melaka, Lautan Hindi di barat Sumatera serta perairan di selatan Jawa, Bali dan Nusa Tenggara Barat. - Foto hiasan

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan negara itu susulan perkembangan dua sistem siklon tropika di timur dan barat Filipina, lapor Xinhua.

Pemangku Pengarah Meteorologi Maritim BMKG Agie Wandala Putra berkata sistem siklon tropika 94W dan 9SW sedang menguatkan peredaran angin di perairan utara dan selatan Indonesia.

BMKG meramalkan ombak setinggi 2.5 hingga empat meter di utara Selat Melaka, Lautan Hindi di barat Sumatera serta perairan di selatan Jawa, Bali dan Nusa Tenggara Barat dari Selasa hingga Jumaat.

Agensi itu menggesa nelayan, penduduk pesisir pantai serta pengendali bot nelayan, feri dan kapal kargo supaya sentiasa berwaspada dan memantau keadaan cuaca dengan teliti.

BMKG turut mengingatkan bahawa laut bergelora boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan pelayaran. – Bernama

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan