KUCHING: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bilik Mesyuarat Utama JKKP Sarawak, semalam.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi, di samping menjadi platform perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan organisasi dan aspek keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Program itu turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak memperkukuh jaringan kerjasama strategik ke arah meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta memupuk budaya kerja yang lebih selamat, sihat dan berkualiti.
JKKP Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada MBSA atas kunjungan tersebut yang diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama pada masa hadapan.





