Pochettino setuju kontrak baharu empat tahun

Facebook
WhatsApp
POCHETTINO lanjut kontrak empat tahun bersama AS.

LONDON: Mauricio Pochettino bersetuju menandatangani kontrak baharu selama empat tahun sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Amerika Syarikat (AS), lapor PA Media/dpa.

Bekas pengendali Tottenham dan Chelsea itu membimbing pasukan berkenaan sejak September 2024 dan memimpin skuad itu mara ke pusingan 16 terakhir pada saingan Piala Dunia yang berlangsung di tempat sendiri baru-baru ini.

Pochettino dalam kenyataan di ussoccer.com berkata: “Bekerjasama dengan pasukan bola sepak AS sepanjang dua tahun lepas memberi kejelasan kepada kami bahawa terdapat potensi luar biasa untuk menjadikan program pasukan kebangsaan lelaki ini lebih kukuh.

“Semangat dan sokongan yang kami rasai daripada peminat sepanjang Piala Dunia hanya memperkukuh kepercayaan kami terhadap apa yang mampu dicapai di sini.”- Bernama-PA Media/dpa