Pesuruhjaya Polis Sarawak hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2026

Facebook
WhatsApp
PESURUHJAYA Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto Polis Sarawak.

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kehadiran Mohamad Zainal pada mesyuarat itu memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, selain memastikan kerjasama antara Polis Diraja (PDRM) dan pihak penganjur berjalan lancar sepanjang sambutan Hari Malaysia 2026.

Langkah itu mencerminkan komitmen PDRM dalam memastikan keselamatan awam terus terpelihara, di samping menyokong usaha kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan menjayakan sambutan berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, SAC Ku Mashariman Ku Mahmood serta Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu.