COPENHAGEN: Denmark mengumumkan pihaknya merancang untuk bawa pulang 19 kanak-kanak Denmark daripada pejuang jihad Syria dan tiga ibu mereka kerana keadaan teruk di kem mereka ditahan pada Selasa lalu.
Keputusan itu dibuat setelah laporan oleh suruhanjaya mengkaji syarat-syarat untuk penghantaran pulang.
“Situasi keselamatan kemanusiaan di kem merosot terutama di Kem al-Hol yang mana terdapat kekurangan makanan dan rawatan perubatan,” kata Menteri Luar Denmark, Jeppe Kofod pada sidang media.
Kem al-Hol yang terletak di wilayah pemerintahan Hasakeh di timur laut Syria menahan kerabat yang disyaki menjadi pejuang Kumpulan Negara Islam (IS).
Situasi kemanusiaan dan radikalisasi kanak-kanak di kem baru-baru ini mendorong kerajaan Denmark yang sebelumnya menentang sebarang campur tangan untuk mengubah pendekatannya.
Perdana Menteri, Mette Frederiksen menegaskan pada Mac lalu bahawa ibu bapa warganegara Denmark di kem tersebut tidak akan menjadi calon untuk dipulangkan, jadi langkah yang diumumkan pada Selasa untuk menghantar pulang tiga ibu kanak-kanak itu menandakan perubahan polisi.
“Wanita ini harus dihukum ketika mereka kembali ke Denmark,” kata Menteri Kehakiman, Nick Haekkerup.
Menurut badan perisik Denmark, ibu anak pejuang jihad tersebut akan berdepan tuntutan untuk pengganas setelah mereka kembali ke Denmark.
Menurut perkhidmatan perisikan polis Denmark, PET, sekurang-kurangnya 160 orang dari Denmark telah pergi berperang di Syria atau Iraq.
Sekitar sepertiga dari mereka telah terbunuh dalam pertempuran, 32 masih di sana dan sekitar setengah telah kembali ke Denmark atau pergi untuk tinggal di tempat lain.
Jaringan jihad dianggap oleh PET sebagai ancaman terbesar bagi keselamatan Denmark.
Di tempat lain di Eropah, Belgium mengumumkan pada Mac lalu perancangannya untuk melakukan segala yang mungkin untuk memulangkan 30 anak Belgium dari Syria.
Pada Disember tahun, Jerman dan Finland mengumumkan bahawa mereka membawa pulang 18 kanak-kanak dan lima wanita dari utara Syria, beberapa di antaranya menghadapi perbicaraan kerana tergolong dalam Kumpulan IS. -AFP