Bintang ‘The Sopranos’ Vincent Pastore meninggal dunia

Facebook
WhatsApp
Bintang ‘The Sopranos’ Vincent Pastore

MOSCOW: Pelakon Amerika Syarikat (AS) Vincent Pastore, yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular ‘The Sopranos’, meninggal dunia di New York pada usia 80 tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan TMZ.

Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Bronx oleh rakan lamanya Steven Villano, menurut penerbitan itu. Punca kematian masih belum diketahui.

Pastore turut membintangi filem seperti ‘Goodfellas’, ‘Carlito’s Way’, dan ‘Men of Respect’. Beliau juga pernah muncul dalam rancangan realiti ‘The Apprentice’ yang dihoskan oleh Donald Trump, yang kemudiannya menjadi presiden AS. – Bernama