Kebakaran rumah dua tingkat di Taman Satria Jaya

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong A1C, Taman Satria Jaya BDC, Kuching hari ini. Foto JBPM.

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat di Lorong A1C, Taman Satria Jaya BDC di sini mengalami kebakaran yang memusnahkan kira-kira 60 peratus struktur bangunan tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berkeluasan 20 kaki x 60 kaki persegi jenis struktur kekal yang sedang terbakar kira-kira 60 peratus.

KEADAAN sebuah rumah dua tingkat yang terbakar kira-kira 60 peratus dalam kejadian di Taman Satria Jaya BDC, Kuching, tengah hari ini. Foto JBPM

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki,” kata Komander Operasi, PBK I Suhardi Razali dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.