Rombongan diketuai Ahmad Zahid dipercayai menghadap Tuanku Muhriz malam ini

Facebook
WhatsApp
Ahmad Zahid dipercayai mengetuai rombongan menghadap Tuanku Muhriz malam ini. Foto Bernama

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat memasuki Istana Hinggap di sini, bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Lebih 10 buah kenderaan dipercayai dinaiki pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, mengiringi kenderaan itu memasuki pekarangan istana pada kira-kira pukul 10.00 malam.

Rombongan itu dipercayai menghadap Tuanku Muhriz bagi mempersembahkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, serta nama-nama calon Menteri Besar untuk membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata BN dan PN akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga, berdasarkan keputusan tidak rasmi pada pilihan raya hari ini.

Secara tidak rasmi, BN menurut beliau memenangi 18 kerusi DUN manakala PN memperoleh tujuh kerusi DUN, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan parti politik yang bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan itu, majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. – Bernama

PRN NS: Anthony Loke Tewas di DUN Chennah

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional

Aminuddin tewas di DUN Linggi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri