SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendakwa membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi dua per tiga majoriti selepas meraih 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat malam ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN peroleh 18 kerusi DUN manakala PN meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. – Bernama




