Kerajaan Sarawak sasar tambang ART lebih murah daripada LRT

Facebook
WhatsApp
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Hak Penamaan Stesen SM07 The Northbank antara Sarawak Metro Sdn Bhd dan IBRACO Berhad di stesen tersebut , di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan kadar tambang Transit Aliran Automatik(ART) di bawah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) lebih murah berbanding Transit Aliran Ringan (LRT) di tempat lain bagi memastikan pengangkutan awam moden itu mampu dinikmati semua lapisan masyarakat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri sedang meneliti struktur tambang ART dengan mengambil kira kadar yang ditawarkan oleh sistem pengangkutan awam di lokasi lain, namun berhasrat menawarkan harga yang lebih rendah.

“Kita membuat penanda aras dengan sistem yang ditawarkan di tempat lain, tetapi saya cuba supaya tambangnya lebih murah daripada LRT,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Hak Penamaan Stesen SM07 The Northbank antara Sarawak Metro Sdn Bhd dan IBRACO Berhad di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kadar tambang sebenar masih belum dimuktamadkan, namun memberi jaminan ia tidak akan membebankan pengguna kerana akan menerima subsidi tinggi daripada kerajaan negeri.

“Saya belum tahu berapa angkanya, tetapi ia tidak mahal kerana disubsidi dengan tinggi.”Di kebanyakan tempat, kerajaan memberi subsidi kepada sistem pengangkutan awam kerana tambang semata-mata tidak mencukupi untuk menampung kos operasinya,” katanya.

Abang Johari berkata kerajaan negeri telah mengambil kira kos tetap operasi yang akan ditanggung bagi membolehkan rakyat serta pelancong menikmati kadar tambang yang berpatutan.

Menurut beliau, matlamat utama pelaksanaan ART bukan sekadar menyediakan sistem pengangkutan moden, malah mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan mobiliti rakyat dan menyediakan alternatif perjalanan yang lebih cekap di Kuching.

“Yang penting, kita mahu rakyat menggunakan pengangkutan awam yang moden, selesa dan mampu milik, selain membantu mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.

PRN NS: Aminuddin tewas di DUN Linggi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri

PRN NS: Aminuddin tewas di DUN Linggi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri