Syatilla Melvin belum bersedia kembali akif berlakon

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon Syatilla Melvin mengakui belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana mahu memberikan lebih banyak masa dan perhatian kepada tiga anaknya yang sedang membesar.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla, 35, berkata buat masa ini beliau lebih selesa memberikan tumpuan kepada keluarga, namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon apabila tiba masa dan naskhah yang sesuai.

PELAKON Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bergambar pada Majlis Pelancaran MR.DIY Club semalam. Majlis tersebut mengumumkan keluarga SamTilla (Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin), sebagai duta MR.DIY Club. Foto BERNAMA

“Sebelum ini (keinginan untuk kembali berlakon) saya 50-50, tetapi sekarang mungkin 70-30, dengan 70 peratus untuk tidak berlakon buat masa ini kerana anak-anak lebih memerlukan perhatian saya dan suami.

“Saya tidak tahu sampai bila akan berehat. Andai kata hati terbuka suatu hari nanti, saya akan kembali berlakon, tetapi kalau tidak pun, saya okey untuk terus meninggalkan bidang ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis pengumuman keluarga SamTilla (Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin), sebagai duta MR.DIY Club di sini.

NAIB Presiden Kanan Pemasaran MR DIY, Alex Goh (dua, kiri) dan Ketua Pemasaran MR DIY, Elainie Ho (kiri) bersama duta MR.DIY Club Shaheizy Sam (tiga, kiri) dan Syatilla Melvin menyempurnakan gimik pelancaran MR.DIY Club semalam. Foto BERNAMA

Beliau yang kali terakhir muncul sebagai pelakon utama menerusi drama bersiri Selafaz Cinta pada 2018 bagaimanapun masih terbuka untuk menerima tawaran lain dalam bidang seni yang tidak memerlukan penglibatan untuk tempoh lama.

Dalam pada itu, Syatilla tidak keberatan untuk melibatkan anak-anaknya dalam bidang seni.

“… tetapi bapa mereka selalu berpesan, kalau mahu buat apa-apa, buat betul-betul dan jangan sekadar suka-suka. Mesti kena fokus,” katanya.

Sementara itu, Shaheizy, 44, mendedahkan yang beliau mahu berehat seketika daripada bidang lakonan bagi memberikan tumpuan kepada perniagaan restoran keluarga mereka, Abdul’ss., yang dijangka mula beroperasi pada pertengahan September depan.

PELAKON Shaheizy Sam (tengah) bercakap pada Majlis Pelancaran MR.DIY Club semalam. Majlis tersebut mengumumkan keluarga SamTilla (Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin), sebagai duta MR.DIY Club. Foto BERNAMA

“Saya memang meminati bidang makanan dan minuman sejak kecil. Kali pertama saya memasak ialah ketika berusia 12 tahun apabila membuat roti canai.

“Saya sedar kalau tidak melakukan perkara yang diminati sekarang, mungkin sampai bila-bila saya tidak akan melakukannya. Bagi saya, pembukaan restoran ini bukan sekadar mahu melihat sambutan, tetapi memberikan kepuasan tersendiri sepertimana saya berlakon,” katanya.

Menyediakan hidangan barat selain pastri dan kopi, Shaheizy berkata restoran dengan kapasiti lebih 100 tempat duduk itu juga akan digunakan sebagai ruang untuk mengadakan siaran langsung harian dan menghasilkan kandungan media sosial.

Dalam perkembangan lain, pelakon siri filem komedi aksi Polis Evo itu bakal muncul menerusi filem Chelot pada Ogos depan, diikuti Cobra 7: Peluru Terakhir pada hujung tahun ini. – Bernama

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan