Sesi libat urus perkukuh kerjasama agensi dalam sektor pengangkutan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kerjasama strategik antara kementerian, jabatan dan agensi berkaitan sektor pengangkutan terus diperkukuh menerusi Sesi Libat Urus bersama Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sesi tersebut menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi berkepentingan termasuk JPJ, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), PUSPAKOM serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi membincangkan isu-isu berkaitan sektor pengangkutan di negeri ini.

KENANGAN…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan wakil pelbagai jabatan serta agensi pada Sesi Libat Urus di Miri, hari ini.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pelbagai isu semasa berkaitan sektor pengangkutan, termasuk pelaksanaan inisiatif BUDI Diesel, selain memperkukuh penyelarasan antara agensi bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

JPJ Sarawak diwakili Pengarahnya, Norizan Jili, yang turut menyertai sesi berkenaan sebagai tanda komitmen jabatan dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi berkaitan.

PENGARAH JPJ Sarawak, Norizan Jili menyampaikan pandangan pada Sesi Libat Urus, di Miri hari ini.

Penyertaan tersebut turut mencerminkan usaha berterusan JPJ Sarawak untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus sektor pengangkutan serta menyokong pembangunan sistem pengangkutan yang selamat, mampan dan berdaya saing di Sarawak.

Pada masa sama, sesi libat urus itu dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara semua pihak berkepentingan dalam merangka penyelesaian terhadap isu-isu semasa, sekali gus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.

Ilmu, AI penentu kemajuan masa depan

SIBU: Kekayaan sumber semula jadi bukan lagi jaminan kejayaan sesebuah negara pada masa depan, sebaliknya ilmu pengetahuan, teknologi dan kecerdasan